Jan 27, 2012

Mexican Bun

sedia dihidangkan bersama dengan secawan kopi kampung.. dan makan mesti panas2 baru best!
perfect! lembut dan rasanya memang sedap!

siap dibakar, baru angkat dari oven

kemudian letak topping perisa coffee.. topping ni agak terlebih sikit... tak pandai nak budget, ialah baru first time

rehatkan dulu dough yang dah diisi inti didalamnya

inti cream yang telah dipukul dimasukkan kedalam dough



dough yang dah naik double

Jan 26, 2012

Kari Kepala Ikan

campak sikit halba dan biji sawi, letakkan sikit santan dan lebihkan air asam jawa, biar mendidih dan tutup... saya terlupa nak ambil gambar masa tengah dihidangkan... ialah dah masak bukan terus dimakan sebab tu saya lupa... ialah nak tunggu anak balik sekolah tengahari baru nak dihidangkan dan nak tunggu malam tunggu suami balik... memang la lupa..

bila dah naik minyak, tuang air sikit dan masukkan bendi dan terung bulat... kemudian masukkan kepala ikan

masukkan rempah kari ikan

bahan2 dan bawang2 yang telah dimayang ditumis dahulu hingga naik minyak..


masak kari kali ni saya guna periuk besar sebab kepala ikan kurau ni memang besar... ikan kurau ni dipancing dan diberi oleh adik ipar... nak menyiangnya memang seksa juga la... sampai rosak parang saya dibuatnya... panjangnya dalam 1meter suku rasanya... besar tak besar la ikan ni...

Shepherd's pie

siap untuk dihidangkan..

siap dibakar dan disejukkan untuk ditapau

ditaburkan cheese diatasnya...

bubuh kentang yang telah dilenyek dengan fresh milk, garam dan butter cair

saya buat dalam tin aluminium ni untuk di tapau anak sedara dan sepupu saya... mereka ni suka sangat spepherd's pie ni... masa hari raya tahun lepas mereka ni makan sikit aje, tak puas katanya, itu yang nak lagi tu... sepupu saya kat Johor bila dengar saya buat shepherd's pie ni untuk anak sedara saya, dia pun sibuk sama suruh kakak saya tapau kan sekali untuknya... itu yang saya buat banyak tu... yang dalam casserole ni untuk dimakan bersama2 dengan menu2 lain juga... selalunya sesiapa saje yang datang rumah... saya suka hidangkan western dan italian foods, sbb masakan malaysia dah selalu sangat diorg ni makan... jadi saya sediakan la masakan yang saya expert ni...

Spaghetti Bolognese

masih panas lagi..
homemade spaghetti bolognese... hidangan yang amat digemari oleh anak2 dan suami... saya masak bolognese ni mesti ada cili kisar sikit supaya rasa macam malaysian style... ada pedas2.. tapi bahan2 lain semua sama seperti minced meat, bawang besar, bawang putih, sliced mushroom, tomato puree, tomato cincang, sos tomato, parmesan cheese, garam dan gula.. tak lupa mesti la ada oregano...

Spaghetti Carbonara

sedia untuk dimakan bersama dengan spaghetti..

kuah carbonara yang baru masak..

Baked Tuna In Bread

disediakan bersama makanan2 lain semasa kakak sekeluarga singgah sebentar dirumah sebelum pulang ke Johor...
siap dibakar

siap untuk dibakar

sapu mentega dulu, taburkan salad yang dipotong halus dan tomato yang telah dipotong dadu, kemudian bubuh tuna mayonnaise dan taburkan cheese diatasnya

simpan dalam bekas

siap dipotong

roti perancis dibeli di hypermarket... anak2 dan suami suka roti ni terutama saya buat resepi simple macam ni..

Nov 8, 2011

Daging Black Pepper

daging korban dapat semalam. saya pun masak la black pepper ni sbb anak2 suka masakan ni...

perap daging selama 1jam atau lebih dgn kunyit, bawang putih dan halia yg telah diblend halus, kicap pekat, kicap cair dan kicap manis, garam, sos tiram, black pepper... bubuh la black pepper agak byk sikit... saya suka tambahkan sikit white pepper.. tapi sikit saje tau..mmg rasanya akan menjadi lagi sedap... kemudian tumis bawang besar yg dihiris2 dgn cili hijau dan cili padi, ketepikan dahulu... saya takde dlm stok cili merah dan lada benggala hijau, jadi gunalah cili padi dan cili hijau aje... cili hijau ni pun saya petik aje dibelakang rumah... dan goreng pula daging yg telah diperap tadi... tambah air agak byk sikit supaya daging empuk.. dah agak kering sikit masukkan pula karot dan bwg besar dan cili yg telah ditumis awal2 tadi.. kalau ada tomato dan daun bawang lagi bagus dan nampak lagi menarik... saya takde semua ni.. almaklum baru balik dr kampung jadi byk barang takde dlm fridge saya... last sekali masukkan air tepung jagung utk memekatnya... sedap!

Rendang Ayam

tengah mendidih dan mengeringkan kuahnya
ready untuk makan tengahari...

Bubur

Bubur kosong ni untuk makan malam kami... saja buat kelainan sbb kadang2 dah tak tahu nak masak apa... pulak tu suami saya terasa nak makan kangkung goreng belacan... jadi saya rasa best ni kalau buat bubur kosong simple mcm ni dan dgn lauk2 simple... terasa mcm makan kat kedai je...


selain kangkung, saya juga sertakan telur masin, ikan kering bulu ayam yg ditambah cili, bawang besar dan limau kasturi, saya juga sertakan sekali lauk ikan bilis goreng dgn cili hijau dan air asam... tak lupa juga saya taburkan diatas bubur lobak asin yg telah ditumis kering dgn cili padi dan bawang besar.... mmg terangkat!

Ikan Pekasam

mmg sedap sgt la kalau ikan pekasam ni disertakan dgn lauk yg simple sekali iaitu telor goreng dgn sayur kacang panjang bercampur tempe dan soo hoon...

goreng ikan dahulu kemudian tumis bawang besar yg telah didadu dgn cili padi dan cili kering.. perahkan limau kasturi... hmmm mmg sedap kalau makan dgn nasi panas...

limau kasturi ni pun saya petik di homestay di situ.. tuan rumah benarkan kami ambil sbb buahnya mmg banyak... terimakasih...


Ikan wadik pekasam dibeli dari sekinchan semasa kami tidur semalam disalah satu homestay disana... saya memang suka ikan pekasam ni... jadi saya pun beli la 3bungkus terus untuk buat stok... jadi kalau boring2 nak masak ikan pekasam ni la penyelamatnya..

Oct 21, 2011

Chicken Pie




for our weekend tea break... packed some for my sis-in-law during her visit..

Mee Goreng & Mee Hoon Goreng




part of the menus that had been prepared for our dinners...mee hoon & mee goreng with fried chicken...

Bread Pudding with Vanilla Sauce

bread pudding with vanilla sauce


packed some for relatives and friends
baked!

ready to bake

Pizza









5 pieces of assorted topping pizzas for my kids for their weekend luncheon...

Oct 6, 2011

Roti Jala

roti jala 'banjir'
roti jala bersama kuah kari ayam dan kentang

disusun dalam bekas tupperware

dilipat dan digulung

roti jala yang baru masak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...